Rabu, 23 Mei 2012
SOALAN 20: Jelaskan hukum mengucapkan pujian buat Rasulullah صلى الله عليه وسلم?
SOALAN 19: Bagaimanakah cara untuk masuk Islam?
SOALAN 18: Apakah dalil yang membolehkan ziarah kubur bagi lelaki dan perempuan?
SOALAN 17: Hukum orang yang mencaci Allah adalah kafir. Jelaskan perkara ini dengan dalil.
Sabtu, 14 April 2012
SOALAN 16: Jelaskan Hadis Jariyah
Jawapan: Hadis al-Jariyah[1] dihukumkan sebagai mudtarib (suatu hadis yang diriwayatkan dengan lafaz matannya yang berbeza-beza dan saling bertentangan sehingga menjadikannya dihukumkan sebagai hadis da^if). Meskipun ada ulama yang menganggap hadis tersebut sebagai sahih, namun mereka tidak mengertikan bahawa Allah mendiami atau berada di langit.
Al-Imam Fakhrud-Din al-Razi telah berkata dalam kitabnya Asasut-Taqdis dalam huraiannya terhadap hadis tersebut bahawa perkataan " أَيْنَ الله" (Di mana Allah?) adalah suatu soalan tentang darjat atau kedudukan, bukannya tentang tempat.
Oleh itu, makna perkataan Baginda صلى الله عليه وسلم di atas ialah: "Apakah peganganmu dari segi pengagunganmu terhadap Allah?". Selanjutnya, perkataan hamba perempuan في السماء (di langit) itu pula bermakna: "Sangat tinggi tahap pengagunganku terhadap-Nya". Oleh itu, tidak boleh berpegang bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bertanya kepada hamba perempuan tersebut tentang tempat (bagi Allah) dan tidak boleh berpegang bahawa hamba perempuan itu telah bermaksud Allah bertempat di langit.
Al-Imam al-Nawawi ketika menghuraikan hadis ini beliau berkata bahawa langit adalah kiblat doa sebagaimana Kaabah sebagai kiblat solat.
Sayyidina Ali رضي الله عنه وكرم وجهه berkata:
لا يُقَالُ أَيْنَ لِمَنْ أَيَّنَ الأَيْنَ
(ذكره أبو القاسم القشيري في الرسالة القشيرية)
Maknanya:"Tidak boleh dikatakan (disoalkan tentang) di mana (tempat) bagi Allah yang telah menempatkan di mana (tempat). (Disebutkan oleh Abu`l-Qasim al-Qushayri dalam al-Risalah al-Qushayriyyah)
Al-Imam Abu Hanifah berkata dalam kitabnya al-Fiqhu`l-Absat:
كَانَ قَبْلَ الْمَكَانِ, كَانَ وَلَمْ يَكُنْ أَيْنٌ وَلا خَلْقٌ وَهُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ
Maknanya: "Dia (Allah) ada (azali) sebelum (kewujudan) tempat. Dia ada (azali) dengan keadaan belum ada suatu (penciptaan) tempat dan suatu (penciptaan) makhluk yang lain, dan Dia adalah pencipta segala sesuatu".
Allah تعالى berfirman:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَىْءٌ
(سورة الشورى: 11)
Maknanya: "Tiada suatu pun yang sama seperti-Nya (Allah)". (Surah al-Shura: 11)
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ
(رواه البخاري وغيره)
Maknanya: "Allah ada (azali yakni ada tanpa permulaan) dan tiada sesuatu pun selain-Nya". (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan selainnya)
[1] Hadis al-Jariyah sebuah hadis yang mengandungi peristiwa pertanyaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepada seorang jariyah (hamba perempuan) yang telah diriwayatkan dalam pelbagai lafaz oleh beberapa ulama hadis seperti al-Imam Muslim dalam kitabnya Sahih Muslim, Bab Tahrim al-Kalam fi al-Salah, al-Imam Abu Dawud dalam kitabnya Sunan Abi Dawud, Bab Tashmit al-^Atish dan Bab fi al-Raqabati`l-Mu'minah, al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta', Bab Ma Yajuz Mina`l-^Itq fi al-Riqab al-Wajibah, al-Imam al-Bayhaqi, al-Imam Ahmad, al-Imam Ibn Hibban dan lain-lain lagi.
Rabu, 23 November 2011
SOALAN 15: Bincangkan tentang tawassul dengan para wali Allah.
Jawapan: Tidak ada seorang pun di kalangan orang-orang yang berada di jalan kebenaran (Ahlu`l-Haqq) mencakupi generasi salaf dan generasi khalaf yang berlainan daripada pendapat bahawa tawassul dengan para wali itu dibolehkan.
اللَّهُمَّ إِنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِعَمِّ نَبِيِّنَا
(رواه البخاري)
SOALAN 14: Bincangkan tentang tawassul dengan para nabi.
Jawapan: Tawassul dengan para nabi dibolehkan dengan ijma^ (kesepakatan) ulama. Tawassul ialah memohon kepada Allah akan kedatangan suatu manfaat (kebaikan) atau penghindaran suatu mudarat (keburukan) dengan menyebut nama seseorang nabi atau wali untuk memuliakan mereka disertai dengan iktikad bahawa hakikatnya hanya Allah sahajalah yang mendatangkan mudarat dan manfaat.
وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ
(سورة المائدة: 35)
Maknanya: "Kamu carilah perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri kamu dengan Allah". (Surah al-Ma'idah: 35)
Dalam satu hadis ada satu peristiwa yang disebutkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengajar seorang buta bertawassul dengan Baginda. Setelah orang buta itu bertawassul bukan di hadapan Rasulullah صلى الله عليه وسلم, maka Allah mengembalikan penglihatannya semula. Hadis yang menceritakan peristiwa ini diriwayatkan oleh al-Tabrani dan beliau menghukumkan hadis tersebut sebagai sahih.