Jawapan: Al-Qadi
^Iyad menaqalkan ijma^
(kesepakatan ulama mujtahidin) bahawa orang mencaci Allah adalah kafir meskipun
dalam keadaan marah, bergurau atau hati yang tidak lapang (tidak reda dengan
makian tersebut daripada ucapannya sendiri).
Allah
تعالى berfirman:
ولَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ
إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللهِ وَءَايَاتِهِ وَرَسُولِه
كُنتُمْ تَسْتَهْزِءُونَ(65)
لاَ تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ
إِيمَنِكَمْ
(سورة التوبة:
65-66)
Maknanya: "Dan jika kamu
bertanya kepada mereka (tentang perkara yang mereka katakan itu), tentulah
mereka akan menjawab: "sesungguhnya kami hanya bergurau dan bermain-main
sahaja". Katakanlah (kepada mereka): "Apakah terhadap Allah,
ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu boleh memperolok-olokkan! Tidak perlu kamu
meminta maaf, sebenar kamu telah menjadi kafir setelah kamu beriman".
(Surah al-Tawbah: 65-66)
Rasulullah
صلى الله عليه وسلم bersabda:
إِنََّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ
بِالْكَلِمَةِ لا يَرَى بِـهَا بَأْسـًا يَهْوِي بِـهَا فِي النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفـًا
(رواه الترمذي)
Maknanya: "Sesungguhnya
boleh terjadi seorang hamba mengucapkan perkataan (yang memperolok-olokkan atau
menghina Allah atau syariat-Nya) yang dia tidak menganggapnya sebagai bahaya,
(sedangkan perkataan tersebut) akan menjerumuskannya ke (dasar) neraka (yang
untuk sampai kepadanya) selama 70 tahun (diperlukan dan hanya dihuni oleh
orang-orang kafir sahaja). (Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan