Jawapan: Dengan
pengucapan dua kalimah syahadah disertai dengan niat masuk Islam, bukannya
dengan pengucapan istighfar seperti: أستغفر الله. Jangan terkeliru dengan zahir
firman Allah تعالى tentang Nabi Nuh عليه السلام bahawa Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda:
فَقُلْتُ
اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ
(سورة نوح: 10)
Maknanya: "Maka aku berkata:
"Kamu pohonlah keampunan daripada Tuhan kamu". (Surah Nuh:
10)
Ini
kerana maknanya yang sebenar ialah bahawa Nabi Nuh عليه السلام telah mengajak kaum Baginda untuk masuk Islam dengan beriman
kepada Allah dan Nabi-Nya Nuh عليه
السلام supaya Allah
mengampunkan mereka.
Rasulullah
صلى الله عليه وسلم bersabda:
أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ
النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَن لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللهِ
(متفق عليه)
Maknanya: "Aku diperintahkan
untuk memerangi umat manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan yang
berhak disembah melainkan Allah dan aku adalah utusan Allah".
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan