Jawapan: Maknanya ialah Allah mengetahui tentang kamu di mana pun kamu berada seperti yang dikatakan oleh al-Imam Sufyan al-Thawri, al-Imam al-Shafi^i, al-Imam Ahmad, al-Imam Malik dan selain mereka.
Allah ta^ala berfirman:
وَأَنَّ اللهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَىْءٍ عِلْمًا
Maknanya: "Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu". [Surah al-Talaq, ayat 12]
Rasulullah sollaLlahu ^alay-hi wa sallam telah bersabda:
ارْبَعُوا عَلَى أَنفُسِكُمْ فَإِنَّكُمْ لا تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلا غَائِبًا وَإِنَّـمَا تَدْعُونَ سَمِيعًا قَرِيبًا
Maknanya: "Janganlah kamu memaksa diri untuk mengeraskan suara kerana kamu bukanlah berdoa kepada Zat yang tuli dan yang tiada suatu pun tersembunyi dari pengetahuan-Nya, sesungguhnya kamu berdoa kepada Zat yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat (secara maknawi bukan fizikal). [Diriwayatkan oleh al-Bukhari]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan