Jawapan: Pengucapan
pujian buat Rasulullah صلى الله عليه وسلم dibolehkan dengan ijma^.
Allah
تعالى berfirman:
وَإِنَّكَ لَعَلَى
خُلُقٍ عَظِيمٍ
(سورة القلم: 4)
Maknanya: "Dan sesungguhnya
engkau (wahai Muhammad) berperilaku yang agung". (Surah al-Qalam: 4)
Allah
تعالى berfirman:
وَعَزَّرُوهُ
وَنـَصَرُوهُ
(سورة الأعراف:
157)
Maknanya: "..mereka memuji
dan membelanya (Rasulullah)". (Surah al-A^raf: 157)
Perkataan
عزّروه membawa makna memuji dan
mengagungkan Rasulullah صلى
الله عليه وسلم.
Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah seperti berikut:
إِنَّ بَعْضَ النِّسَاءِ
مَدَحْنَ النَّبِيَّ عَلَيْهِ السَّلامُ بِقَوْلِهِنَّ أَمَامَ النَّبِيِّ: "يَا
حَبَّذَا مُحَمَّدٌ مِن جَارٍ"
Maknanya: "Sesungguhnya
sebahagian wanita ada memuji Nabi عليه السلام di hadapan Baginda sendiri dengan kata-kata: "Oh! Betapa mulianya
Muhammad sebagai seorang jiran"".
Telah
thabit bahawa sangat ramai sahabat Nabi memuji Baginda seperti Hassan
ibn Thabit, al-^Abbas dan selain mereka, sedangkan
Rasulullah صلى الله عليه وسلم sendiri tidak mengingkari perkara
tersebut, bahkan Baginda menilainya sebagai perbuatan yang baik.
commercial Heating and cooling repair
BalasPadamHeating and cooling emergency repair
BalasPadam