Ahad, 13 September 2009

PERMATA YANG BERSINAR MENERANGKAN AQIDAH ISLAM YANG SEBENAR 3

PENJELASAN AQIDAH ISLAM YANG TEPAT
BAHAWA ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT
Fasal 2

Pendapat Para Ulama Ikutan Ahlus-Sunnah Wal-Jama^Ah
Bahawa Allah Wujud Tanpa Bertempat


1. Pendapat Ulama Ikutan Sepanjang Zaman Selama Lebih 14 Kurun


Kurun Pertama Hijrah:
Misbahul-Tafrid wa Sabahut-Tawhid al-Sahabi al-Jalil wal-Khalifatur-Rashid Sayyiduna ^Ali ibn Abi Talib radiyaLlahu ^anhu wa-karrama wajhah (w. 40 H) berkata[1]:

كان – أي الله – ولا مكان وهو الآن على ما كان
Maksudnya:
"Allah ada azali, dan tempat tidak ada dan Dia sekarang dengan apa yang Dia ada (wujud-Nya azali tanpa bertempat)". Intaha.

Al-Tabi^i al-Jalil al-Imam Zaynul-^Abidin ^Ali ibn al-Husayn radiyaLlahu ^anhuma (w. 94 H) berkata dalam kitabnya al-Sahifatus-Sajjadiyyah[2]:

أنت الله الذي لا يحويك مكان
Maksudnya:
"Engkaulah Allah yang tidak diliputi oleh suatu tempat pun". Intaha. [Dinaqalkan oleh al-Hafiz Muhammad Murtada al-Zabidi dalam kitabnya Ithaf al-Sadatil-Muttaqin]


Kurun Kedua Hijrah:
Al-Imam Ja^far al-Sadiq radiyaLlahu ^anhu (w. 148 H) berkata[3]:

من زعم أن الله في شيء أو من شيء أو على شيء فقد أشرك إذ لو كان على شيء لكان محمولاً ولو كان في شيء لكان محصورًا ولو كان من شيء لكان مُحدَثًا – أي مخلوقًا –
Maksudnya:
"Barangsiapa menyangka bahawa Allah itu berada di dalam sesuatu atau daripada sesuatu atau di atas sesuatu maka sesungguhnya dia telah syirik. Ini kerana jika Dia ada di atas sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang ditanggung, jika Dia di dalam sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang terbatas, dan jika Dia daripada sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang baharu – iaitu makhluk (yang diciptakan) – ". Intaha. [Disebut oleh al-Qushayri di dalam kitabnya al-Risalah al-Qushayriyyahi]

Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu^man ibn Thabit radiyaLlahu ^anhu (w. 150 H) berkata dalam kitabnya al-Fiqhul-Absat[4]:

كان الله تعالى ولا مكان قبل أن يخلق الخلق وكان الله تعالى ولم يكن أَيْنٌ ولا خَلْقٌ ولا شيء وهو خالق كل شيء
Maksudnya:
"Allah taala itu ada (azali) dan tempat tidak ada pun sebelum Dia mencipta makhluk. Dan Allah taala itu ada (azali) dan suatu tempat pun tidak ada dan suatu makhluk yang lain pun tidak ada, dan Dia pencipta segala sesuatu". Intaha.

Kurun Ketiga Hijrah:
Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris al-Shafi^i radiyaLlahu ^anhu (w. 203 H) berkata[5]:

إنه تعالى كان ولا مكان فخلق المكان وهو على صفة الأزلية كما كان قبل خلقه المكانَ لا يجوز عليه التغييرُ في ذاته ولا التبديل في صفاته
Maksudnya:
"Sesungguhnya Dia taala ada (azali) dan suatu tempat pun tidak ada, maka Dia mencipta tempat sedangkan Dia di atas sifat keazalian sebagaimana Dia ada (azali) sebelum Dia mencipta tempat. Perubahan tidak harus (pada akal) berlaku ke atas-Nya pada zat-Nya dan tidak juga penukaran pada sifat-Nya".Intaha. [Dinaqalkan oleh al-Hafiz Muhammad Murtada al-Zabidi dalam kitabnya Ithaf al-Sadatil-Muttaqin]

Al-Imam al-Mujtahid Ahmad ibn Hanbal radiyaLlahu ^anhu (w. 231 H) tidak berpendapat bahawa Allah ada dengan arah sebagaimana dinaqalkan oleh al-Imam al-Hafiz Ibn al-Jawzi al-Hanbali (w. 597 H) dalam kitabnya al-Bazul-Ashhab[6] dan oleh al-Qadi Badrud-Din Muhammad ibn Jama^ah (w. 833 H) dalam kitabnya Idah al-Dalil[7].

Kurun Keempat Hijrah:
Al-Imam al-Faqih Abu Ja^far al-Tahawi radiyaLlahu ^anhu (w. 321 H) dalam risalahnya al-^Aqidatut-Tahawiyyah[8]:

وتعالى – أي الله – عن الحدود والغايات والأركان والأعضاء والأدوات لا تحويه الجهاتُ السِتُّ كسائر المبتَدَعات
Maksudnya:
"Allah Maha Suci dari batasan, sakatan, sudut, anggota besar dan anggota kecil sedangkan Dia tidak diliputi oleh arah yang enam seperti sekalian makhluk". Intaha.

Al-Hafiz Muhammad ibn Hibban radiyaLlahu ^anhu (w. 354 H) dalam kitabnya yang masyhur Sahih Ibn Hibban[9]:

كان – الله – ولا زمان ولا مكان
Maksudnya:
"Allah ada (azali), sedangkan masa tidak ada dan tempat juga tidak ada". Intaha.

Kurun Kelima Hijrah:
Al-Imam Abu Bakr Muhammad ibn al-Hasan yang dikenali dengan panggilan Ibn Furak radiyaLlahu ^anhu (w. 406 H) berkata dalam kitabnya Mushkilul-Hadith[10]:
لا يجوز على الله تعالى الحلول في الأماكن لاستحالة كونه محدودًا ومتناهيًا وذلك لاستحالة كونه مُحدَثًا
Maksudnya:
"(Sifat) mendiami tempat itu tidak harus (pada akal) berlaku ke atas Allah taala kerana kemustahilan keadaan-Nya itu terbatas dan berpenghujung, dan itu kerana kemustahilan keadaan-Nya itu baharu". Intaha.

Al-Faqih al-Imam al-Shaykh Abu Ishaq al-Shirazi al-Shafi^i (w. 476 H) berkata dalam kitabnya al-Isharah ila Madhhab Ahlil-Haqq[11]:

إنه – أي الله تعالى – كان ولا مكان ثم خلق المكان وهو الآن على ما عليه كان
Maksudnya:
"Sesungguhnya Allah taala itu ada (azali) sedangkan suatu tempat pun tidak ada. Kemudian Dia mencipta tempat sedangkan Dia sekarang dengan apa yang telah Dia ada (azali tanpa bertempat)". Intaha.


Kurun Keenam Hijrah:
Al-Shaykh Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali al-Shafi^i (w. 505 H) berkata dalam kitabnya Qawa'idul-^Aqa'id[12]:

تعالى – أي الله – عن أن يحويَه مكان، كما تقدس عن أن يَحُدَّه زمان، بل كان قبل خلق الزمان والمكان وهو الآن على ما عليه كان
Maksudnya:
"Allah Maha Suci dari diliputi oleh suatu tempat pun sepertimana Dia Maha Kudus dari dibatasi oleh suatu masa pun, bahkan Dia ada (azali) sebelum penciptaan masa dan tempat sedangkan Dia sekarang dengan apa yang telah Dia ada (azali tanpa bertempat dan tanpa bermasa)". Intaha.

Al-Qadi Abu Bakr Ibnul-^Arabi al-Maliki al-Andalusi (w. 543 H) berkata dalam kitabnya al-Qabas fi Sharh Muwatta' Malik ibn Anas[13]:

البارئ يتقدس عن أن يُحَدَّ بالجهات أو أن تكتنفه الأقطار
Maksudnya:
"Al-Bari' (Allah) Maha Kudus dari dibatasi dengan segala arah atau dilingkungi oleh segala tepian". Intaha.

Kurun Ketujuh Hijrah:
Al-Mufassir Fakhrud-Din al-Razi (w. 606 H) berkata dalam kitab tafsirnya yang berjudul al-Tafsir al-Kabir[14]:

قوله تعالى: }وهو العلي العظيم{ لا يجوز أن يكون المراد بكونه عليًا العلوَّ بالجهة والمكان لما ثبتت الدلالة على فساده، فوجب أن يكون المراد من العلي المتعالي عن مشابهة المُمْكِنات ومناسبة المُحْدَثات
Maksudnya:
"Firman-Nya taala: {وهو العلي العظيم} yang mafhumnya "Dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Yang Maha Agung" tidak harus (pada akal) bahawa maksud keadaan-Nya Yang Maha Tinggi itu sebagai tinggi dengan makna arah dan tempat lantaran pembuktian ke atas kebatilannya telah sabit. Oleh itu, wajib (pada akal) bahawa maksud Yang Maha Tinggi itu ialah Maha Suci dari penyerupaan dengan segala mumkinat (perkara yang harus ada - makhluk - ) dan persamaan dengan muhdathat (perkara yang baharu - makhluk - )". Intaha.

Sultanul-^Ulama' al-Shaykh ^Izzud-Din ibn ^Abdis-Salam (w. 660 H) berkata dalam kitabnya Mulhatul-I^tiqad berkenaan hak Allah taala[15]:

ليس بجسمٍ مصوَّرٍ ولاجوهر محدود مُقَدَّرٍ ولا يشبه شيئًا ولا يشبهُه شيء ولا تحيط به الجهات ولا تكتنفه الأرَضون ولا السماوات كان قبل أن كوّن الأكوان، ودبر الزمان وهو الآن على ما عليه كان
Maksudnya:
"(Allah) bukanlah suatu jisim yang memang boleh digambarkan dan bukan suatu jauhar yang memang dapat dibataskan dan diukur. Dan Dia tidak menyerupai sesuatu dan tiada suatu pun yang boleh menyerupai-Nya. Dan Dia tidak diliputi oleh segala arah dan tidak lingkungi oleh segala bumi dan segala langit sedangkan Dia ada (azali) sebelum Dia mengadakan segala makhluk. Dan Dia mentadbir masa sedangkan Dia sekarang dengan apa yang telah Dia ada (azali tanpa berhajat kepada tempat, masa dan sekalian makhluk)". Intaha.

Kurun Kelapan Hijrah:
Al-Qadi Badrud-Din Muhammad ibn Ibrahim yang dikenali dengan nama Ibn Jama^ah al-Shafi^i (w. 733 H) dalam kitabnya Idahud-Dalil[16]:

كان الله ولا زمان ولا مكان وهو الآن على ما عليه كان
Maksudnya:
"Allah ada (azali), dan suatu masa pun tidak ada dan suatu tempat pun juga tidak ada sedangkan Dia sekarang dengan apa yang telah Dia ada (azali tanpa bertempat dan tanpa bermasa)". Intaha.

Al-Mufassir al-Muqri' al-Nahwi Muhammad ibn Yusuf yang dikenali dengan nama Abu Hayyan al-Andalusi (w. 745 H) berkata dalam kitabnya al-Bahrul-Muhit[17] ketika mentafsir ayat 19 surah al-Anbiya'[18]:

وعند هنا لا يراد بها ظرف المكان لأنه تعالى منـزه عن المكان بل المعنى شرف المكانة وعلو المنـزلة
Maksudnya:
"Dan perkataan ^inda di sini tidak dikehendaki dengannya makna keadaan tempat kerana Dia taala itu disucikan dari tempat, bahkan makna (yang dikehendaki) ialah kemuliaan kedudukan dan ketinggian martabat". Intaha.

Kurun Kesembilan Hijrah:
Al-Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalani al-Shafi^i (w. 852 H) berkata dalam kitabnya Fathul-Bari[19]:

ولا يلزم من كون جهتي العلو والسفل محالاً على الله أن لا يوصف بالعلو لأن وصفه بالعلو من جهة المعنى، والمستحيل كون ذلك من جهة الحس، ولذلك ورد في صفته العالي والعليّ والمتعالي
Maksudnya:
"Dan tidak lazim daripada keadaan dua arah atas dan bawah yang mustahil ke atas Allah itu untuk Dia disifatkan dengan tinggi kerana pensifatan-Nya dengan tinggi dari segi makna. Dan mustahil keadaan (tinggi) itu dari segi hissi (pencerapan deria), dan oleh itu, (sifat-sifat) al-^Ali, al-^Aliyy dan al-Muta^ali telah warid dalam pensifatan-Nya". Intaha.

Al-Shaykh Badrud-Din Mahmud ibn Ahmad al-^Ayni al-Hanafi (w. 855 H) berkata dalam kitabnya ^Umadatul-Qari[20]:

تقرر أنّ الله ليس بجسم فلا يحتاج إلى مكان يستقرّ فيه فقد كان ولا مكان
Maksudnya:
“Ditetapkan bahawa Allah bukanlah suatu jisim, maka Dia tidak berhajat kepada suatu tempat yang Dia bertempat padanya, maka sesungguhnya Dia ada azali dan suatu tempat pun tidak ada (bersama dengan keazalian-Nya)”. Intaha.


Kurun Kesepuluh Hijrah:
Al-Hafiz Jalalud-Din ^Abd al-Rahman ibn Abu Bakr al-Suyuti al-Shafi^i (w. 911 H) berkata ketika menghuraikan hadis((أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد)) di dalam kitabnya Sharh Sunan al-Nasa’i[21]:

قال القرطبي: هذا أقرب بالرتبة والكرامة لا بالمسافة لأنه منزه عن المكان والمساحة والزمان وقال البدر بن الصاحب في تذكرته: في الحديث إشارة إلى نفي الجهة عن الله تعالى
Maksudnya:
“Al-Qurtubi berkata: “Lafaz aqrab (lebih hampir) ini dengan makna tingkatan dan kemuliaan bukannya dengan makna jarak kerana sesungguhnya Dia disucikan dari tempat, jarak dan masa. Al-Badr ibn al-Sahib berkata: “Di dalam hadis tersebut ada suatu isyarat kepada penafian arah buat Allah taala”. Intaha.
Al-Shaykh Abul-^Abbas Shihabud-Din Ahmad ibn Muhammad al-Qastalani al-Misri (w. 923 H) berkata dalam kitabnya Irshadus-Sari Sharh Sahih al-Bukhari[22]:

ذات الله منـزه عن المكان والجهة
Maksudnya:
"Zat (Diri) Allah itu disucikan dari sebarang tempat dan arah". Intaha.

Kurun Kesebelas Hijrah:
Al-Shaykh Mulla ^Ali al-Qari al-Hanafi (w. 1014 H) berkata dalam kitabnya al-Rawdul-Azhar fi Sharh al-Fiqhil-Akbar[23]:

أما علوّه تعالى على خلقه المستفاد من نحو قوله تعالى: }وهو القـاهر فوق عباده{ (سورة الأنعام - ءاية 61) فعلوّ مكانة ومرتبة لا علوّ مكان كما هو مقرر عند أهل السنة والجماعة
Maksudnya:
"Adapun ketinggian Allah taala ke atas ciptaan-Nya yang diambil dari seperti firman Allah taala: {وهو القـاهر فوق عباده} [Surah al-An^am, ayat 61], maka (makna ketinggian) ialah ketinggian kedudukan dan martabat bukannya ketinggian tempat seperti yang diakaui di sisi Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah". Intaha.

Al-Muhaddith al-Shaykh Muhammad ibn ^Ali yang dikenali dengan nama Ibn ^Allan al-Siddiqi al-Shafi^i al-Ash^ari (w. 1057 H) berkata dalam kitabnya al-Futuhat al-Rabbaniyyah[24]:

إن الله فوقَ كل موجود مكانةً واستيلاءً لا مكانًا وجهةً
Maksudnya:
"Sesungguhnya Allah di atas setiap yang wujud dari segi kedudukan dan penguasaan bukannya dari segi tempat dan arah". Intaha.

Kurun Kedua Belas Hijrah:
Al-Shaykh Muhammad ibn ^Abd al-Baqi al-Zarqani al-Maliki (w. 1122 H) berkata dalam kitab huraiannya ke atas Muwatta' al-Imam Malik[25]:

وقال البيضاوي: لما ثبت بالقواطع أنه سبحانه منـزه عن الجسمية والتحيز امتنع عليه النـزول على معنى الانتقال من موضع إلى موضع أخفض منه
Maksudnya:
"Al-Baydawi berkata: "Oleh kerana telah sabit dengan dalil-dalil yang putus bahawa Allah subhanahu itu disucikan dari kejisiman dan pengambilan ruang, maka sifat turun tertahan dari (menjadi sifat-)Nya dengan makna berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lebih rendah darinya". Intaha.

Al-Sufi al-Zahid al-^Arif al-Shaykh ^Abdul-Ghani al-Nabulusi al-Dimashqi al-Hanafi (w. 1143 H) berkata dalam kitabnya Ra’ihatul-Jannah Sharh Ida’atud-Dujnah[26]:

فتنزه سبحانه وتعالى عن جميع الأمكنة العلوية والسفلية وما بينهما
Maksudnya:
“Allah subhanahu wa-ta^ala maha suci dari semua tempat yang teratas, terbawah dan suatu yang ada di antara tempat yang teratas dan yang terbawah”. Intaha.

Kurun Ketiga Belas Hijrah:
Al-Shaykh Muhaddith Bayrut Muhammad ibn Darwish al-Hut al-Husayni al-Sharif al-Shafi^i (w. 1279 H) berkata dalam kitabnya Rasa’il fi Bayan ^Aqa’id Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah[27]:

ولا يدخل في وجوده - تعالى - زمان ولا مكان فإنه السابق على الزمان والمكان
Maksudnya:
“Dan tiada suatu masa pun dan tiada suatu tempat pun masuk dalam kewujudan Allah taala kerana sesungguhnya Dia terdahulu (azali) sebelum sebarang masa dan tempat”. Intaha.


Al-Shaykh ^Abdul-Ghani al-Ghanimi al-Maydani al-Hanafi al-Dimashqi (w. 1298 H) berkata dalam kitabnya Sharh al- ^Aqidah al-Tahawiyyah[28]:

والله تعالى ليس بجسم فليست رؤيته كرؤية الأجسام فإن الرؤية تابعة للشيء على ما هو عليه، فمن كان في مكان وجهة لا يُرى إلا في مكان وجهة كما هو كذلك، ويُرى أي المخلوقُ بمقابلة واتصالِ شعاع وثبوت مسافة، ومن لم يكن في مكان ولا جهةٍ وليس بجسم فرؤيتُه كذلك ليس في مكان ولا جهة
Maksudnya:
"Dan Allah taala itu bukanlah suatu jisim. Oleh itu, maka melihat-Nya bukanlah seperti melihat segala jisim. Ini kerana sesungguhnya perbuatan melihat adalah kesudahan bagi sesuatu berdasarkan keadaan sesuatu tersebut. Maka barangsiapa yang ada di suatu tempat dan arah tidak dilihat melainkan di suatu tempat dan suatu arah seperti begitulah. Makhluk dilihat dengan cara berdepan, bersambungnya suatu pancaran cahaya dan tetapya suatu jarak. Oleh itu, sesiapa yang tidak ada di suatu tempat, tidak juga di suatu arah dan tidak berjisim, maka demikian juga melihatnya tidaklah di suatu tempat dan tidak juga di suatu arah". Intaha.
Kurun Keempat Belas Hijrah:
Al-Shaykh ^Abdul-Majid al-Sharnubi al-Azhari (w. 1348 H) ketika menghuraikan kitab Ta'iyyah al-Suluk[29]:

فهو سبحانه لا يَحُده زمان ولا يحمله مكان بل كان ولا مكان ولا زمان وهو الآن على ما عليه كان
Maksudnya:
"Maka Allah subhanhu tidak dibatasi oleh suatu masa dan tidak ditanggung oleh suatu tempat, bahkan Dia ada (azali) dan suatu tempat pun tidak ada dan suatu masa pun tidak ada, sedangkan Dia sekarang dengan apa yang telah Dia ada (wujud-Nya azali tanpa bertempat dan tanpa bermasa)". Intaha.

Al-Shaykh Salamah al-Quda^i al-^Azzami al-Shafi^i (w. 1376 H) dalam kitabnya Furqanul-Qur'an[30]:

أجمع أهل الحق من علماء السلف والخلف على تَنـزُّهِ الحق سبحانه عن الجهة وتقدّسه عن المكان
Maksudnya:
"Ahlul-Haqq (Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah) dari kalangan ulama Salaf dan Khalaf berijmak di atas mensucikan al-Haqq (Allah) dari arah dan mengkuduskan-Nya dari tempat". Intaha.

Kurun Kelima Belas Hijrah:
Muhaddith al-Diyar al-Maghribiyyah al-Shaykh ^AbduLlah ibn Muhammad al-Siddiqi al-Ghummari (w. 1413 H) dalam kitabnya ^Aqidah Ahlil-Islam[31]:

قال النيسابوري في تفسيره: أما قوله}ورافعك إليّ{ (سورة ءال عمران - ءاية 55) فالمشبهة تمسكوا بمثله في إثبات المكان لله وأنه في السماء لكنّ الدلائل القاطعة دلّت على أنه متعالٍ عن الحيز والجهة فوجب حمل هذا الظاهر على التأويل بأنّ المراد: إلى محلّ كرامتي
Maksudnya:
"Al-Naysaburi berkata dalam tafsirnya: “Adapun firman Allah {ورافعك إليّ}[surah Al ^Imran, ayat 55] maka golongan al-Mushabbihah berpegang dengan semisal firman ini dalam menetapkan tempat bagi Allah dan bahawa Dia di langit, tetapi dalil-dalil yang putus menunjukkan bahawa sesungguhnya Dia maha suci dari ruang dan arah, maka wajib membawa (makna) zahir ini berdasarkan takwil bahawa maksudnya: “ke tempat kemuliaan-Ku”. Intaha.

Al-^Allamah al-Faqih al-Muhaddith al-Hafiz al-Shaykh ^AbduLlah al-Harari yang dikenali dengan panggilan al-Habashi (w. 1429 H) berkata dalam kitabnya Izharul-^Aqidah al-Sunniyyah[32]:

قال أهل الحق إن الله ليس بمتمَكِّن في مكان أي لا يجوز عليه المماسة للمكان والاستقرار عليه
Maksudnya:
"Ahlul-Haqq (Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah) berkata sesungguhnya Allah bukanlah bertempat di suatu tempat iaitu tidak boleh berlaku ke atas-Nya perlakuan menyentuh tempat dan menetap di atasnya". Intaha.
Bahkan ramai lagi para ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah daripada pelbagai bangsa dan bahasa yang menyatakan dalam kitab-kitab mereka bahawa Allah ada tanpa bertempat. WaLlahu a^lam.

____________________________________

[1] Abu Mansur Abdul-Qahir al-Baghdadi, al-Farq baynal-Firaq, Dar al-Ma^rifah, Beirut, hlm. 333.
[2] Muhammad Murtada al-Zabidi, Ithaf al-Sadatil-Muttaqin, Dar al-Fikr, Beirut, juz. 4, hlm. 380.
[3] Abul-Qasim ^Abdul-Karim al-Qushayri, al-Risalah al-Qushayriyyah, Dar al-Kitab al-^Arabi, hlm. 6.
[4] Abu Hanifah al-Nu^man ibn Thabit, al-Fiqhul-Absat - dikumpulkan dalam Majmu^ Rasa’il Abi Hanifah dengan tahqiq al-Kawthari - , t. pt., hlm. 6.
[5] Muhammad Murtada al-Zabidi, Ithaf al-Sadatil-Muttaqin, Dar al-Fikr, Beirut, juz. 2, hlm. 23.
[6] Ibn Jawzi, al-Bazul-Ashhab al-Munqid ^ala Mukhalifil-Madhhab, Dar al-Jinan, Beirut, hlm. 56.
[7] Ibn Jama^ah, Idah al-Dalil fi Qat^ Hujaj Ahlit-Ta^til, Dar al-Salam, Mesir, hlm. 108.
[8] Abu Ja^far, al-^Aqidah al-Tahawiyyah - disertakan dalam Sharh al-^Aqidah al-Tahawiyyah oleh al-^Allamah al-Faqih ^Abdul-Ghani al-Ghanimi - , Dar al-Fikr, Damsyiq, hlm. 28.
[9] Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban - lihat dalam al-Ihsan bi-Tartib Sahih Ibn Hibban oleh Ibn Balban - , Dar al-Kutub al-^Ilmiyyah, Beirut, juz. 8, hlm. 4.
[10] Ibn Furak, Mushkil al-Hadith, Dar al-Kutub al-^Ilmiyyah, Beirut, hlm. 57.
[11] Abu Ishaq al-Shirazi, Sharh al-Luma^ - lihat aqidah al-Shirazi di mukadimah kitab ini - , Dar al-Gharb, Beirut, juz. 1, hlm. 101.
[12] Al-Ghazali, Ihya’ ^Ulum al-Din - lihat di bahagian yang bertajuk Kitab Qawa’id al-^Aqa’id di fasal pertama -, Dar al-Fikr, Beirut, juz. 1, hlm. 108.
[13] Abu Bakr ibn al-^Arabi al-Maliki, al-Qabas fi Sharh Muwatta’ Malik ibn Anas, Dar al-Gharb al-Islami, t. tp., juz. 1, hlm. 395.
[14] Fakhrud-Din al-Razi, al-Tafsir al-Kabir - lihat surah al-Shura, ayat 4 - , Dar al-Fikr, Beirut, juz. 27, hlm. 144.
[15][15] ^Izzud-Din ibn ^Abd al-Salam, Mulhatul-I^tiqad - lihat dalam Tabaqat al-Shafi^iyyah al-Kubra oleh al-Shaykh Tajud-Din al-Subki - , Dar Ihya’ al-Kutub al-^Arabiyyah, Kaherah, juz. 8, hlm. 219. Lihat juga Mulhah fi I^tiqad Ahlil-Haqq oleh Sultanul-^Ulama’ al-Shaykh ^Izzud-Din ibn Abdis-Salam dalam Rasa’il fi al-Tawhid, Dar Fikr al-Mu^asir, Beirut – Dar al-Fikr, Damsyiq, hlm. 11.
[16] Ibn Jama^ah, Idah al-Dalil fi Qat^ Hujaj Ahlit-Ta^til, Dar al-Salam, Mesir, hlm. 103 - 104.
[17] Abu Hayyan al-Andalusi, al-Bahrul-Muhit - lihat surah al-Anbiya’, ayat 19 - , Dar Ihya’ al-Turath al-^Arabi, Beirut, juz. 6, hlm. 302.
[18] Iaitu firman Allah taala: {وله من في السماوات والأرض ومن عنده لا يستكبرون عن عبادته} Maksudnya: "Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi. dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya.."
[19] Ibn Hajar al-^Asqalani, Fathul-Bari bi-Sharh Sahih al-Bukhari, Dar al-Ma^rifah, Beirut, juz. 6, hlm. 136.
[20] Al-^Ayni, ^Umdatul-Qari Sharh Sahih al-Bukhari, Dar al-Fikr, Beirut, jil. 12, juz. 25, hlm. 117.
[21] Al-Suyuti, Sharh Sunan al-Nasa’i, Dar al-Ma^rifah, Beirut, juz. 1, hlm. 576.
[22] Al-Qastalani, Irshad al-Sari li-Sharh Sahih al-Bukhari, Dar al-Fikr, Beirut, juz. 15, hlm. 451.
[23] Mulla ^Ali al-Qari, al-Rawdul-Azhar fi Sharh al-Fiqhil-Akbar, Dar al-Kutub al-^Ilmiyyah, Beirut, hlm. 196 - 197.
[24] Ibn ^Allan al-Siddiqi, al-Futuhat al-Rabbaniyyah ^alal-Adhkar al-Nawawiyyah, Dar al-Fikr, Beirut, jil. 4, juz. 7, hlm. 327.
[25] Al-Zarqani, Sharh al-Zarqani ^ala Muwatta’ al-Imam Malik, Dar al-Ma^rifah, Beirut, juz. 2, hlm. 36.
[26] Al-Nabulusi, Ra’ihatul-Jannah Sharh Ida’atud-Dujnah, Mustafa al-Babi al-Halabi, Kaherah, 48 - 49.
[27] Muhammad al-Hut, Rasa’il fi Bayan ^Aqa’id Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah, ^Alam al-Kutub, Beirut, hlm. 44.
[28] Al-Ghanimi, Sharh al-^Aqidah al-Tahawiyyah, Dar al-Fikr, Damsyiq, hlm. 68 - 69..
[29] Al-Sharnubi, Sharh Ta’iyyatis-Suluk ila Malikil-Muluk, al-Matba^ah al-Hamidiyyah, Mesir, hlm. 60.
[30] Salamah al-Quda^i, Furqanul-Qur'an bayna Sifatil-Khaliq wa-Sifatil-Akwan, Dar Ihya’ al-Turath al-^Arabi, Beirut, hlm. 93.
[31] ^AbduLlah al-Ghummari, ^Aqidah Ahlil-Islam fi Nuzul ^Isa ^alayhis-salam, Maktabah al-Qahirah, Mesir, hlm. 29.
[32] ^AbduLlah al-Harari, Izharul-^Aqidah al-Sunniyyah bi-Sharhil-^Aqidah al-Tahawiyyah, Dar al-Mashari^ lit-Tiba^ah wan-Nashr wat-Tawzi^, Beirut, hlm. 164 - 165.

Sabtu, 12 September 2009

PERMATA YANG BERSINAR MENERANGKAN AQIDAH ISLAM YANG SEBENAR 2

PENJELASAN AQIDAH ISLAM YANG TEPAT
BAHAWA ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT


Fasal 1

Penjelasan
Bahawa Allah Maha Suci Dari Sifat Duduk Dan Bertempat
Dengan Dalil-Dalil Al-Quran, Hadis, Ijmak Dan Akal




1. Dalil al-Quran

Sesungguhnya Allah taala tidak memerlukan segala makhluk-Nya. Demi mensucikan Allah dari sifat persamaan dengan makhluk-Nya dan dari sifat berhajat kepada suatu tempat atau dari sifat berhajat kepada masa cukuplah dengan firman Allah taala:

ليس كمثله شىء
Mafhumnya:
Tiada suatupun yang sama seperti-Nya” [Surah al-Shura, ayat 11]

Al-Imam al-Qurtubi berkata ketika mentafsir ayat di atas dalam kitabnya Tafsir al-Qurtubi[1]:

وقد قال بعض العلماء المحققين: التوحيد إثبات ذات غير مُشْبِهَة للذوات ولا مُعَطَّلة من الصفات وزاد الواسطي رحمه الله بيانًا فقال: ليس كذاته ذات ولا كاسمه اسم ولا كفعله فعل و لا كصفته صفة إلا من جهة موافقة اللفظ... وهذا كله مذهب أهل الحق والسنة والجماعة رضي الله عنهم
Maksudnya:
Dan sesungguhnya sebahagian ulama muhaqqiqin telah berkata: “Tauhid itu ialah penetapan suatu zat yang tidak menyerupai zat-zat yang lain dan tidak menafikan sifat-sifat, al-Wasiti menambah suatu penjelasan dengan berkata: “Tiada suatu zat pun seperti zat-Nya, tiada suatu perbuatan pun seperti perbuatan-Nya dan tiada suatu sifat pun seperti sifat-Nya melainkan dari segi persamaan lafaz… Dan ini semuanya ialah mazhab Ahlul-Haqq was-Sunnah wal-Jama^ah radiyaLlahu ^anhum”. Intaha.



Allah taala berfirman:

هل تعلم له سميًا
Mafhumnya:
…apakah engkau mengetahui ada suatu yang sama dengan Dia?” [Surah Maryam, ayat 65]

Al-Imam al-Qurtubi mentafsirkan ayat di atas dalam kitabnya Tafsir al-Qurtubi[2]:

قال ابن عباس: يريد هل تعلم له ولدًا أي نظيرًا أو مثيلا
Maksudnya:
Ibn ^Abbas berkata: “Firman Allah taala itu bermaksud: “Adakah engkau mengetahui Dia ada anak yakni sebanding atau semisal dengan-Nya?”.

Allah taala berfirman:

ولم يكن له كفوًا أحد
Mafhumnya:
…dan tiada satu pun yang setara dengan-Nya”. [Surah al-Ikhlas, ayat 4]

Antara sifat ketidaksamaan Allah dengan sesuatu selain-Nya ialah sifat kewujudan-Nya yang tidak pernah didahului dengan ketiadaan dan tidak ada permulaan bagi kewujudan-Nya. Dengan kata lain, tiada suatupun yang wujud tanpa didahului oleh ketiadaan melainkan Allah taala! Oleh itu, Allah telah wujud sebelum selain-Nya wujud. Inilah yang disebut sebagai azali atau keazalian. Ini berdasarkan firman Allah taala:

هو الأول
Mafhumnya:
Dia-lah Yang Maha Awal”. [Surah al-Hadid, ayat 3]

Ayat 3 surah al-Hadid di atas ditafsirkan dengan dalil hadis yang menyusul di bawah.


2. Dalil Hadis

Rasulullah sallahu ^alayhi wa-sallam bersabda:

كان الله ولم يكن شيءٌ غيره
Mafhumnya:
Allah ada azali dan selain-Nya tiada pun”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Bayhaqi]

Al-Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalani (w. 852 H) menghuraikan hadis di atas dalam kitabnya Fathul-Bari dengan katanya[3]:

والمراد بكان في الأول الأزلية وفي الثاني الحدوث بعد العدم
Maksudnya:
Dan maksud kana dalam lafaz yang pertama ialah keazalian (kewujudan tanpa didahului oleh ketiadaan atau kewujudan tanpa permulaan) dan dalam lafaz kedua ialah kebaharuan selepas ketiadaan (kewujudan yang didahului oleh ketiadaan atau kewujudan yang ada permulaan)”. Intaha.

Justeru, Allah taala sentiasa wujud azali dalam keadaan tiada suatupun yang bersama keazalian-Nya. Tiada suatu air pun, tiada suatu udara pun, tiada suatu bumi pun, tiada suatu langit pun, tiada suatu Kursi pun, tiada suatu Arasy pun, tiada suatu manusia pun, tiada suatu jin pun, tiada suatu malaikat pun, tiada suatu tempat pun dan tiada suatu masa pun bersama keazalian-Nya! Oleh itu, Allah taala wujud sebelum kewujudan tempat tanpa suatu tempat, dan Dia-lah yang telah mencipta tempat dan Arasy serta Dia tidak berhajat pun kepada ciptaan-Nya.

Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa-sallam bersabda:

اللهمّ أنت الأول فليس قبلك شيء, وأنت الاخر فليس بعدك شيء, وأنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء
Mafhumnya:
Ya Allah! Engkau al-Awwal maka tiada suatupun sebelum-Mu, Engkau al-Akhir maka tiada suatupun selepas-Mu, Engkau al-Zahir maka tiada suatupun di atas-Mu, dan Engkau al-Batin maka tiada suatupun di bawah-Mu”. [Diriwayatkan oleh Muslim]

Al-Hafiz Ahmad ibn al-Husayn al-Bayhaqi (w. 458 H) berkata dalam kitabnya al-Asma' wa al-Sifat[4]:
استدل بعض أصحابنا بنفي المكان عن الله تعالى بقول النبي: ((أنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء)) وإذا لم يك فوقه شيء ولا دونه شيء لم يكن في مكان
Maksudnya:
"Sebahagian para sahabat kami mengambil dalil tentang penafian tempat daripada Allah taala dengan sabdaan Nabi : ((أنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء)). Dan jika tiada suatupun di atas-Nya dan tiadapun di bawah-Nya maka Allah tidak berada di suatu tempat pun". Intaha.


3. Dalil Ijmak

Kaum muslimin telah bersepakat bahawa Allah taala tidak bertempat di suatu tempat, tidak diliputi oleh sebarang tempat, tidak mendiami langit dan tidak juga mendiami Arasy kerana Allah taala wujud sebelum kewujudan Arasy, langit dan tempat. Allah taala mustahil berubah dari suatu keadaan kepada suatu keadaan dan dari suatu sifat kepada suatu sifat kerana perubahan keadaan dan sifat adalah sifat makhluk. Oleh itu, Allah taala wujud dengan kewujudan yang azali tanpa suatu tempat pun, dan selepas Dia mencipta tempat Dia masih wujud tanpa bertempat.

Ketahuilah bahawa para ulama yang terdiri daripada ahli hadis, ahli fiqh, ahli tafsir, ahli bahasa Arab, ahli usul, para ulama empat mazhab iaitu mazhab-mazhab Shafi^i, Hanafi, Maliki dan Hanbali - kecuali tokoh mazhab yang berpegang dengan aqidah tajsim - , ulama sufi yang benar semua mereka ini berpegang dengan aqidah yang mensucikan Allah dari tempat.

Antara ulama yang membawa nukilan ijmak Ahlus-Sunnah di atas aqidah yang mensucikan Allah taala dari tempat ialah al-Imam Abu Mansur ^Abdul-Qahir ibn Tahir al-Baghdadi (w. 429 H) dalam kitabnya al-Farq baynal-Firaq[5]:

وأجمعوا – أي أهل السنة والجماعة – على أنه – أي الله – لا يحويه مكان ولا يجوي عليه زمان
Maksudnya:
Dan mereka – iaitu Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah – berijmak bahawa Dia – iaitu Allah – tidak diliputi oleh suatu tempat dan tidak dilalui ke atas-Nya oleh suatu masa”. Intaha.

Al-Shaykh Imamul-Haramayn Abul-Ma^ali ^Abdul-Malik ibn ^AbduLlah al-Juwayni al-Shafi^i al-Ash^ari (w. 478 H) menjelaskan ijmak tersebut dalam kitabnya al-Irshad[6]:

ومذهب أهل الحقّ قاطبة أنّ الله سبحانه وتعالى يتعالى عن التحيّز والتخصص بالجهات

Maksudnya:
Dan mazhab Ahlul-Haqq bersepakat bahawa Allah subhanahu wa-ta^ala disucikan dari sifat mengambil lapang atau ruang dan disucikan dari sifat pengkhususan dengan arah”. Intaha.


4. Dalil Akal

Allah taala berfirman:
وقالوا لو كنَّا نسمع أو نعقل ما كنَّا فى أصحب السعير
Maksudnya:
Dan mereka berkata: “Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala”. [Surah al-Mulk, ayat 10]

Akal di sisi ulama tauhid adalah saksi bagi syarak dan bukanlah asal bagi agama. Oleh itu, para ulama tauhid tidak berbicara tentang hak Allah taala semata-mata bergantung kepada akal, bahkan mereka berbicara tentang perkara ini dari sudut pendalilan dengan akal berdasarkan perkhabaran yang sahih daripada Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa-sallam. Justeru, akal yang sejahtera tidak keluar dari perkara yang dibawa oleh syarak dan tidak saling bertentangan.

Dalil akal yang menunjukkan bahawa Allah taala itu maha suci dari tempat ialah jikalah akal boleh menerima bahawa Allah taala wujud tanpa bertempat sebelum penciptaan segala tempat, maka pastilah akal juga boleh menerima bahawa Allah taala juga wujud tanpa bertempat selepas penciptaan tempat dan ini bukanlah suatu penafian kewujudan Allah taala.

Perubahan keadaan dan sifat itu mustahil berlaku ke atas Allah taala kerana perubahan adalah bukti kebaharuan (kewujudan yang didahului oleh ketiadaan) yakni kemakhlukan. Kebaharuan atau kemakhlukan pula menafikan sifat ketuhanan. Iktikad tidak berdiri di atas perkara yang ditanggap oleh sangkaan, tetapi berdiri tegak di atas perkara yang boleh ditanggap oleh akal yang waras lagi sejahtera yang merupakan saksi kepada syarak.
___________________________________________

[1] Al-Qurtubi, Tafsir al-Qurtubi, Dar al-Fikr, Beirut, jil. 8, juz. 16, hlm. 10.
[2] Ibid, jil. 6, juz. 11, hlm. 54.
[3] Ibn Hajar al-^Asqalani, Fathul-Bari, Dar al-Rayyan, Kaherah, juz. 6, hlm. 334.
[4] Al-Bayhaqi, al-Asma’ was-Sifat; Bab ma ja’ fil-^Arsh wal-Kursi, Dar Ihya’ al-Turath al-^Arabi, Beirut, hlm. 400.
[5] Al-Farq baynal-Firaq, Dar al-Ma^rifah, Beirut, hlm. 333.
[6] Al-Juwayni, al-Irshad ila Qawati^il-Adillah fi Usulil-I^tiqad, Mu’assasah al-Kutub al-Thaqafiyyah, Beirut, hlm. 58.